Melayari internet dengan tujuan untuk mencari sumber-sumber menarik untuk ditontoni umum memang sesuatu yang amat menyeronokan. Mana tidaknya? Di alam maya inilah terkumpul segala lubuk maklumat yang kadang-kadang kejadian yang pelik-pelik juga mudah ditemui di sini. Kejadian-kejadian ini biasanya dikongsi dalam bentuk visual samada gambar ataupun video. Namun Team BerkatSelamat kali ini bukanlah ingin bercerita tentang kisah pelik atau misteri, tapi kami ingin berkongsi hasil dapatan video menarik mengenai dengan keselamatan di atas talian.
Dengan mengambil kira elemen e-safety ataupun e-keselamatan, Team BerkatSelamat merasakan video ini amat sesuai ditontoni umum. Ianya adalah sebagai peringatan terutamanya kepada remaja pada masa kini. Tidak ketinggalan ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja. Siapa tahu, mungkin ini juga terjadi pada anak-anak anda?
Baiklah, kita terus ke video yang ingin dikongsikan. Bahan-bahan video ini telah di videokan kembali dari kisah benar berlaku dan diambil daripada laman http://www.netsmartz.org/RealLifeStories.com. Penceritaan yang divideokan ini memberi tumpuan sebenar tentang kehidupan remaja-remaja yang pernah terlibat dengan penganiayaan, samada secara kebetulan atau pengalaman pertama mereka. kisah-kisah ini diharap akan mengajar remaja diluar sana menilai tingkah laku mereka dengan belajar daripada kesilapan rakan-rakan semasa mereka dalam talian. kisah-kisah ini juga akan memberi kesedaran kepada remaja-remaja diluar sana supaya berhati-hati semasa di dalam talian dan hanya berkomunikasi dengan orang dewasa yang dikenali dan dipercayai sahaja.
Sumber diperoleh dari
Akhir kata, jangan biarkan hidup anda diselubungi... penyesalan tidak berpenghujung...
0 comments:
Post a Comment